Sunday, November 18, 2012

Prasekolah di Malaysia


Kurikulum Standard Prasekolah kebangsaan digubal berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan seperti berikut:
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan kea rah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
Matlamat
Pendidikan prasekolah bertujuan memperkembangkan potensi kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun secara menyeluruh dan bersepadu dalam aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial melalui persekitaran pembelajaran yang selamat , menyuburkan serta aktiviti yang menyeronokkan, kreatif dan bermakna. Ini adalah untuk meningkatkan kemahiran, menanam keyakinan dan membentuk konsep kendiri yang positif pada diri kanak-kanak agar mereka berjaya dalam persekitaran sedia ada dan bersedia untuk menangani cabaran dan tanggungjawab di sekolah rendah kelak.

Objektif
Kurikulum Standard Prasekolah Kebangaan menyediakan peluang kepada kanak-kanak berumur empat hingga  enam tahun untuk mencapai objektif dalam aspek jasmani, emosi dan sosial, intelek dan rohani seperti berikut:
Membina kecergasan badan.
Mempunyai tubuh badan yang sihat.
Mempraktikkan  amalan kesihatan yang baik.
Mempraktikkan langkah-langkah menjaga keselamatan diri.
Menguasai  kemahiran motor halus dan asas motor kasar.
Mempunyai kematangan emosi.
Mempunyai konsep kendiri yang  positif dan jati diri.
Berani menyuarakan pandangan dan perasaan.
Berkebolehan berinteraksi dengan orang lain.
Boleh bekerja secara bersendirian dan juga bekerja secara berkumpulan.
Menghormati perasaan serta hak orang lain dan seterusnya membentuk perhubungan yang positif dengan orang dewasa serta rakan sebaya.
Mengamalkan nilai murni.
Mengamalkan nilai-nilai islam dalam kehidupan seharian untuk murid beragama Islam.
Berkomunikasi menggunakan bahasa Malaysia, bahasa Inggeris dan bahasa pengantar dalam konteks kehidupan harian.
Meneroka persekitaran menggunakan kemahiran proses sains asas.
Menggunakan kemahiran berfikir kritis , kreatif dan inovatif dalam pembelajaran dan kehidupan seharian.
Mengembangkan daya kreatif dan estetika.
Menghargai keindahan alam dan warisan budaya.
Fokus.
Pendidikan Prasekolah berfokus kepada usaha untuk menyediakan peluang pembelajaran yang menyeronokkan dan bermakna kepada kanak-kanak  berumur empat hingga enam tahun. Fokus utama adalah proses pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan kanak-kanak, menekankan kepada inkuiri penemuan , dan menggunakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran bersepadu, bertema, belajar melalui bermain, pembelajaran kontekstual dan pembelajaran berasaskan projek. Prinsip utama yang digunakan adalah pendekatan dan kandungan pembelajaran perlu sesuai  dengan peringkat perkembangan kanak-kanak dan mengambil kira perbezaan antara individu. Melalui proses pengajaran dan pembelajaran ini, kanak-kanak akan memperoleh konsep dan kemahiran asas yang akan membantu mereka meneruskan pembelajaran ke sekolah rendah kelak.
Organisasi Kurikulum
Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan digubal dengan memberikan penekanan kepada standard kandungan dan standard pembelajaran yang patut diketahui dan boleh dilakukan oleh kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun. Standard kandungan dan standard pembelajaran berpaksikan pengetahuan, kemahiran asas serta nilai dalam enam Tunjang Pembelajaran berikut: Komunikasi, Kerohanian, Sikap dan Nilai; Kemanusiaan; Sains dan Teknologi; Perkembangan Fizikal dan Estetika serta Perkembangan Ketrampilan Diri. Untuk tujuan kesinambungan, tunjang-tunjang pembelajaran ini adalah sama dengan tunjang yang difokuskan dalam pendidikan sekolah rendah.
Tunjang Komunikasi
Tunjang ini terdiri daripada bahasa Malaysia, Bahasa inggeris, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil. Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris adalah wajib dipelajari oleh semua murid prasekolah. Bahasa Cina dan Bahasa Tamil dipelajari oleh murid diprasekolah yang beraliran bahasa Cina dan bahasa Tamil.
Fokus utama Tunjang Komunikasi adalah kemahiran Bahasa dan Seni Bahasa. Kemahiran Bahasa merangkumi kemahiran mendengar,  bertutur, kemahiran membaca dan kemahiran menulis. Bahan yang digunakan perlu sesuai dengan peringkat perkembangan kanak-kanak. Seni Bahasa merujuk kepada keupayaan murid mengungkap keindahan bahasa melalui kepelbagaian aktiviti dan permainan bahasa seperti drama dan sajak.
Tunjang  Kerohanian, Sikap dan Nilai.
Tunjang Kerohanian, sikap dan nilai merangkumi pendidikan Islam dan Pendidikan Moral. Pendidikan Islam dipelajari oleh murid beragama Islam selama dua jam seminggu. Pendidikan Moral dipelajari oleh murid lain selama dua jam seminggu.
Pendidikan Islam.
Pendidikan Islam memberi pengetahuan dan kemahiran asas tentang Rukun Iman, Rukun Islam, Sirah Rasulullah dan Kalimah Syahadah. Murid Prasekolah belajar bersuci, berwuduk, melakukan pergerakan solat, mencontohi beberapa akhlak Rasulullah dan melakukan amalan harian mengikut adab. Pada masa yang sama murid ini juga mengenal asas bahasa Al Quran, huruf Hijjaiyah dan Jawi serta menghafaz beberapa surah pendek dan doa pilihan. Pengajaran dan pembelajaran pendidikan Islam dijalankan melalui aktiviti seperti bercerita, simulasi, menyanyi, bernasyid, aktiviti hands – on, meneroka dan bermain.
Pendidikan Moral
Pendidikan moral prasekolah memberi focus kepada pelakuan moral yang dipupuk secara berterusan sepanjang masa murid berada diprasekolah. Pendidikan moral tidak dijalankan melalui aktiviti yang spesifik tetapi diterapkan melalui kesemua aktiviti yang dijalankan dalam prasekolah. Nilai-nilai murni Kurikulum Standard Prasekolah adalah seperti berikut: kepercayaan kepada Tuhan, baik hati, bertanggungjawab, berterima kasih, hemah tinggi, hormat menghormati, kasih saying, keadilan, keberanian, kejujuran, kerajinan, kerjasama, kesederhanaan, toleransi, berdikari dan berdisiplin.
Tunjang Ketrampilan Diri – Perkembangan Sosioemosi.
Pendidikan prasekolah memberi penekanan kepada perkembangan sosioemosi kanak-kanak. Kanak-kanak akan menghadapi masalah di prasekolah dan juga sekolah rendah kelak jika sosioemosi mereka kurang stabil dan mantap. Perkembangan sosioemosi merangkumi aspek mengenali dan mengurus emosi sendiri, pencapaian emosi yang positif, pembinaan konsep kendiri positif serta pembinaan kemahiran berinteraksi dan kemahiran sosial. Perkembangan sosioemosi berlaku sepanjang masa kanak-kanak berada di prasekolah, ia tidak dicapai melalui aktiviti spesifik tetapi menerusi kesemua aktiviti sama ada aktiviti rutin, semasa rehat, semasa makan dan juga aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang lain.
Tunjang Perkembangan Fizikal dan Estetika.
Tunjang perkembangan Fizikal dan Estetika merangkumi Perkembangan Fizikal dan Penjagaan Kesihatan serta Perkembangan Kreativiti.
Perkembangan Fizikal dan Penjagaan Kesihatan.
Kanak-kanak pada peringkat prasekolah memerlukan aktiviti yang menguatkan kawalan otot mereka. Aspek perkembangan fizikal adalah amat penting di prasekolah kerana tanpa perkembangan fizikal yang mantap kanak-kanak akan menghadapi masalah dalam melakukan aktiviti seperti memegang pensel atau berus untuk menulis dan melukis, penglibatan dalam aktiviti sukan, aktiviti memainkan  peralatan muzik serta pengendalian peralatan. Pendidikan prasekolah menyediakan peluang pembelajaran untuk meningkatkan kemahiran motor halus, kemahiran motor kasar serta kordinasi mata tangan dikalangan kanak-kanak ini. Perkara yang dirangkumi termasuk teknik yang betul untuk melompat, menyambut objek, membaling objek serta postur yang betul semasa duduk.
Tunjang ini juga memberi penekanan kepada pembinaan amalan penjagaan kesihatan fizikal diri, kebersihan persekitaran dan pemakanan yang berkhasiat. Tabiat yang dibina akan memanfaatkan kanak-kanak  ini sepanjang usia mereka. Secara lazimnya kanak-kanak yang mempunyai badan yang sihat dapat memberi tumpuan yang lebih baik kepada pembelajaran dan mempunyai konsep kendiri yang positif. Tunjang ini juga menekankan aspek keselamatan diri daripada sumber yang mungkin menyebabkan kemalangan dan bahaya kepada diri mereka termasuk langkah menjaga kehormatan diri.
Perkembangan Kreativiti
Perkembangan kreativiti merangkumi seni visual, pendidikan muzik serta drama dan gerakan kreatif. Tunjang ini lebih menekankan proses daripada produk. Kanak-kanak diberi peluang untuk menzahirkan idea mereka secara kreatif dan melibatkan diri dalam aktiviti kreativiti.
Fokus seni visual adalah pada aplikasi seni, ekspresi kreatif dan apresiasi. Aplikasi seni merujuk kepada proses mengenal dan memilih bahan yang diperlukan untuk menghasilkan sesuatu karya. Apresiasi seni melibatkan proses menceritakan hasil kerja sendiri dan juga menunjukkan penghargaan terhadap keindahan persekitaran serta hasil kerja orang lain.
Pendidikan Muzik merangkumi aktiviti menyanyi, pengalaman awal untuk memainkan perkusi, penghasilan muzik menerusi bahan atau objek improvisasi, dan apresiasi muzik.
Drama danGerakan Kreatif merangkumi aktiviti drama dan gerakan kreatif di mana murid diberi peluang untuk main peranan, berlakon, menari dan membuat gerakan  secara kreatif.
Aktiviti tunjang ini bukan sahaja digunakan untuk meningkatkan daya kreativiti tetapi juga digunakan untuk mencapai objektif pembelajaran tunjang lain. Aktiviti menyanyi dan pergerakan kreatif sentiasa digunakan semasa pembelajaran bahasa, matematik dan lain-lain.
TunjangSains dan Teknologi – Awal Sains dan Awal Matematik.
Tunjang Sains dan Teknologi merangkumi awal sains, awal matematik, aktiviti pembinaan menggunakan objek seperti blok dan penggunaan ICT.
Awal Sains.
Awal Sains menyediakan peluang kepada kanak-kanak untuk meneroka alam sekitar mereka menggunakan organ deria dan peralatan mudah. Dalam proses penerokaan ini, sikap saintifik yang positif seperti ingin tahu, sistematik dan teliti akan terbentuk. Semasa proses penerokaan ini, kemahiran asas proses sains seperti kemahiran memerhati, mengukur menggunakan unit bukan piawai, membanding dan mengelas juga akan dikembangkan. Penerokaan dijalankan ke atas alam hidupan(contoh: tumbuhan, haiwan), alam bahan(contoh: objek yang tenggelam dan timbul, air magnet) alam fizikal (contoh: pelangi, cuaca). Tunjang ini lebih mementingkan penguasaan kemahiran daripada pemerolehan pengetahuan. Guru perlu bersikap terbuka terhadap pandangan dan dapatan daripada hasil penerokaan murid.
Awal Sains menyediakan peluang kepada kanak-kanak empat hingga enam tahun untuk membuat pembinaan menggunakan objek seperti blok. Aktiviti pembinaan ini bukan sahaja memberi peluang kepada kanak-kanak untuk mempelajari konsep penghubung, lingkungan serta awal matematik tetapi untuk meningkatkan daya kreativiti murid dan kemahiran motor halus.
Awal Matematik.
Awal Matematik membekalkan pengalaman awal matematik kepada murid prasekolah. Pengalaman ini termasuk konsep pranombor, nombor, operasi nombor yang mudah, nilai wang, konsep waktu, bentuk dan ruang. Konsep matematik ini dipelajari pada masa yang khas dan juga disepadukan ke dalam semua aktiviti pembelajaran bertema menggunakan  kaedah yang menyeronokkan.
Tunjang Sains dan Teknologi juga menyediakan peluang kepada murid prasekolah menggunakan komputer untuk melakukan tugasan tertentu. Penggunaan komputer adalah di tahap kemahiran asas  sahaja.
Tunjang Kemanusiaan.
Tunjang Kemanusiaan memberi peluang kepada kanak-kanak supaya lebih memahami diri sendiri, lebih memahami perhubungan antara diri dengan keluarga, rakan, komuniti dan ala sekitar. Kanak-kanak juga akan lebih memahami perhubungan antara diri dalam perhubungan-perhubungan ini. Tunjang ini juga memberi penekanan kepada pemahaman budaya dan tradisi pelbagai kaum di Malaysia serta menggalakkan penglibatan dalam perayaan pelbagai kaum ini.
Tunjang Kemanusiaan menggariskan skop dan konteks pembelajaran di prasekolah. Kandungan dalam tunjang ini boleh digunakan untuk membina tema-tema pembelajaran.

 

Pendahuluan

Pendidikan Prasekolah Malaysia memberi tumpuan kepada usaha untuk menyediakan peluang pembelajaran yang menyeronokkan dan bermakna kepada kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun. Fokus utama adalah proses pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan kanak-kanak, menekankan kepada inkuiri penemuan, dan menggunakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran bersepadu, bertema, belajar melalui bermain, pembelajaran kontekstualdan pembelajaran berasaskan projek. Prinsip utama yang digunakan adalah pendekatan dan kandungan pembelajaran perlu sesuai dengan peringkat perkembangan kanak-kanak dan mengambil kira perbezaan antara individu. Melalui proses pengajaran dan pembelajaran ini, kanak-kanak akan memperoleh konsep dan kemahiran asas yang akan membuka minda mereka.

Pendekatan bertema adalah pengurusan pengajaran dan pembelajaran melalui topik atau tema yang dipilih bersesuaian dengan masa,tempat,minat dan latar belakang murid.Pendekatan ini penting kerana:

-Tema yang dipilih dijadikan sebagai wahana untuk menggabungjalinkan pengetahuan atau kemahiran daripada komponen / tunjang yang berlainan.
-Pendekatan bertema akan dapat membantu guru merancang, mengurus aktiviti dan menyediakan bahan pengajaran dan pembelajaran secara lebih berfokus dan menyeluruh.

Lagu

<iframe width="420" height="315" src="http://www.youtube.com/embed/5FVYwL-q9lU" frameborder="0" allowfullscreen></iframe>

Alat-alat menjaga kebersihan diri



Syampu
 
 
Ubat gigi
 

Berus gigi
 
 
Sabun
 

 

Aktiviti

Gambar lakaran muka
 
 
Murid meletakkan mata
 
 
Murid meletakkan hidung
 
 
Murid meletakkan mulut
 
 
Gambar yang telah lengkap.
 
 
 

Kad gambar anggota badan

Lidah
 
 
Bibir
 
 
Telinga
 
Hidung
 
Mata
 
 
 
 
 

Gambar anggota badan di kepala.

Mata
 
 
Telinga
 
 
Hidung
 
 
Mulut
 
 
Lidah
 
 
Pipi
 
 
Dagu
 
 
Dahi
 
 
 
Kening
 
 
Bibir
 
 
 

Monday, October 1, 2012

TAJUK: CANTIKNYA SAYA

Cadangan masa: 60 minit.

Tunjang utama: Sains dan Teknologi.

Standard pembelajaran utama: (ST 3.1.2) Mengenal pasti bahagian tubuh badan di kepala.

Standard pembelajaran lain yang disepadukan: (PFK 3.1.7) Menyatakan kepentingan menjaga kebersihan diri.

Objektif: Pada akhir pengajaran murid dapat mengenal pasti kedudukan lidah, pipi, dagu, dahi, kening, bibir, hidung, mata, telinga di kepala.

Konsep utama: Pipi, dagu, dahi, kening, bibir, lidah, hidung, mata dan telinga terletak di atas kepala kita dan perlu dijaga kebersihannya.

Kosa kata: Menyusun, melekat, fungsi.

Alatan dan bahan: Model/gambar keratan anggota badan di kepala.


Langkah Pengajaran:
1. Guru meminta murid menunjukkan mata, telinga, hidung, mulut, lidah, pipi, dagu, dahi, kening, bibir yang terdapat di kepala.

2. Guru bersoaljawab dengan murid tentang kedudukan organ deria di bahagian kepala.
a) Apa yang ada di kepala?
b) Apa guna/ fungsi organ deria tersebut?

3. Guru menyediakan gambar keratan muka yang kosong dan gambar bahagian kepala yang dibuat daripada kad manila.

4. Guru meminta murid mengambil kad gambar anggota  badan dan menyebut namanya.

5. Guru meminta murid melekatkan gambar anggota badan tersebut pada gambar keratan muka yang telah disediakan.

6. Sebelum melekatkan bahagian badan pada keratan muka, guru berbincang dengan murid:
a) Di mana letaknya mata?
b) Apa gunanya mata?
c) Boleh tak mata diletak di atas kepala?
d) Mengapa?

7. Guru berbincang dengan murid bagaimana menjaga kebersihan setiap bahagian muka yang dilekatkan.

8. Guru mengedarkan lembaran kerja lakaran gambar muka dan anggota badan di muka.

9. Guru membimbing murid meletakkan keratan anggota badan tersebut pada lembaran yang telah diedarkan.

10. Guru berbincang dengan murid berkaitan hasil kerja mereka.